Wednesday, March 31, 2010

Info Komputer



Tips Penjagaan Komputer :

Sesebuah komputer hendaklah dijaga dengan rapi pada perkakasan (Hardware) dan perisian (Software) bagi memastikan ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis).

Tujuan pemeriksaan ialah :

1. Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
2. Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik.
3. Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS.


Tips 1 : Masalah Habuk

Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputer akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pulak, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).


Tips 2 : Masalah Virus

Ini merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya. Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami kerosakan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin Antivirus, Mc AFee Antivirus dan Innoculan Antivirus. Kami sarankan gunakanlah Nod32 Antivirus... Anda di syorkan untuk updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih baik dari merawati.


Tips 3 : Masalah Cara Penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu di gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN - OK! (Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)


0 comments:

Post a Comment